


Tetapi kalau anda berminatkan hal2 berkaitan sejarah Malaysia, Buku ini adalah satu pilihan alternatif yang patut anda cari. Tak kisah lah apa parti anda atau anda tak mahu ambil peduli pasal politik. Sesuatu yang patut kita pikir dan kajikan bersama sementara orang yang hidup di zaman tersebut masih bernyawa.Īntara yang menarik ialah suasana hidup di zaman Jepun, pengalamannya bermain bola dengan anak Chin Peng, perkenalannya dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bergiat bersamanya dalam GPMS, road trip berbasikalnya di sekitar Perak, gambaran suasana pilihan raya pada 27 Julai 1955 dan mengapa tulisan jawi penting. Dan sudah tentu2 ceritanya tidak akan sama seperti apa yang kita belajar di sekolah. Membacanya seperti membaca buku sejarah terutamanya hal2 berkaitan bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan. Apa yang menariknya pada saya, bukannya hanya beliau menceritakan sejarah hidupnya, tetapi beliau juga menceritakan sejarah politik negara. Seperti tajuknya buku ni adalah memoir beliau dari kecil hinggalah beliau berkerja sebagai wartawan di Utusan Melayu. Tiada sebab kenapa saya tak patut membeli. Tetapi suatu ketika dulu ketika penghujung 80an dan awal 90an, tulisan beliaulah antara yang saya follow bila membaca "Harakah".īila saya terjumpa buku ini di kedai buku.

Walaupun sekarang agak lama jugak saya tidak membaca "Harakah" terutamanya sejak2 zaman internet. Tetapi bagi diri saya sendiri yang cukup berminat dengan politik (tapi tak pernah berani nak betul2 aktif), nama Subky Latif cukup sinonim dengan akhbar "Harakah". Saya tak pasti berapa ramai dari pengunjung blog ini kenal siapa Subky Latif. Anak Apak Memoir Politik Kewartawanan - Subky Abdul Latif
